Kisah 1
“Jauh termenung,” sapa Lina bila melihat Makcik Lijah membatu di depan jendela.
“Apa yang makcik fikirkan tu”. Lina cuba mengorek rahsia.
“Kenapa lah nasib makcik jadi begini, Na? Ada anak ramai tapi seorangpun tak boleh diharap”, luah Makcik Lijah dengan nada kesal dan sayu.
“Rasanya dah berbulan mereka tidak datang menjenguk”. Rungut Makcik Lijah lagi.
“Sudahlah tu makcik, mungkin mereka sibuk agaknya”.
“Esok lusa sampailah tu,” pujuk Lina sambil menarik tangan Makcik Lijah menuju ke dewan makan.
Kisah 2
“Long! Bila nak ambil ayah ni,” dengus Rahmah di dalam telefon.
“Nantilah Along sibuk hujung minggu ni,” dalih abang sulung Rahman.
“Dari bulan lepas janji nak datang. Ini dah tak ikut apa yang kita persetujui dulu… nak gilir-gilir jaga,” keras suara Rahmah.
SENARIO di atas semakin lumrah bagi masyarakat Malaysia, tidak terkecuali Melayu, Cina dan India atau apa pegangan agama mereka sekalipun. Apa lagi, setiap orang ada yang sudah bergelar ibu bapa atau bakal menerima status ibu atau bapa. Sudah pastinya, semua orang di dunia ini ada ibu bapa. Cuma yang membezakan adakah kita sempat melihat atau berjasa kepada kedua-dua orang tua kita ketika di hayat mereka? Apatah lagi sewaktu mereka di hujung usia atau semasa mereka kesunyian mahupun keuzuran. Sejauh manakah kita mampu menghadapi situasi sebegini ditambah pula dengan komitmen yang pelbagai? Hakikatnya, apabila menyentuh persoalan ketaatan atau tanggungjawab kita kepada ibu bapa, ia adalah fitrah yang lahir dalam diri setiap individu yang bergelar anak. Bahkan mentaati ibu bapa adalah perkara pokok yang ditekankan dalam pendidikan anak-anak dan telah bermula tanpa kita sendiri sedari dalam kehidupan berkeluarga.
Perkara yang berkaitan dengan ketaatan kepada orang tua itu amat ditekankan bukan sahaja di dalam agama Islam, bahkan pada setiap ajaran agama di dunia ini. Dalam Islam perkara ini cukup jelas. Sejak kecil anak-anak telah dididik untuk mematuhi dan mentaati ibu bapa dalam semua perkara selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Tradisi agama lain seperti Buddha, Hindu dan kristian juga semuanya menganjurkan supaya anak-anak menyayangi, mematuhi, menghormati, berbuat baik dan menjaga kedua-dua ibu bapa mereka. Hal ini telah dijelaskan pada sesi pertama bertajuk An Understanding of the Foundation of Filial Piety From Various Traditions pada seminar A Multi-Cultural Understanding of Filial Piety, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di ibu negara, baru-baru ini.

Dalam tradisi agama Cina contohnya, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Cina, Universiti Malaya, Dr. Yam Kah Kean menjelaskan, ketaatan kepada ibu bapa adalah sifat penting di dalam budaya masyarakat Cina. Tradisi menekankan dan mempraktikkan ketaatan telah dikesan semenjak sebelum kewujudan fahaman Konfusianisme lagi. Malah perlakuan mentaati itu bukan sekadar dalam lingkungan ibu bapa yang masih hidup sahaja tetapi melangkaui ke alam selepas mati. Konsep ini terbawa dengan signifikan agama dan amalan memuliakan nenek moyang yang masih meresap dalam tradisi Cina hingga sekarang. Katanya lagi, definisi tentang ketaatan kepada ibu bapa di dalam tradisi masyarakat Cina merangkumi enam perkata iaitu mematuhi, memperingati, menyokong, menghormati, tidak membuat mereka risau atau bersedih dan ia adalah asas kepada segala kebaikan. “Idea berkaitan ketaatan ini nampaknya turut meresap dalam budaya popular Cina. Contoh yang paling ketara ialah cerita-cerita 24 anak yang taat. Kisah popular ini telah disusun oleh Guo jujing dari Dinasti Yuan. “Cerita-cerita ini bertujuan mendidik generasi muda kepentingan dan kebaikan hasil ketaatan kepada ibu bapa. Ada segelintir daripada kisah tersebut kelihatan janggal dan melampau. Tetapi hakikatnya, mesej yang cuba disampaikan itu ialah bahawa ketaatan itu yang utama tanpa apa alasan sekalipun. “Mereka yang memikul tanggungjawab ini secara baik, maka mereka akan diberkati oleh Tuhan mereka. Malah kisah-kisah ini turut disertakan dengan lukisan yang biasanya digantungkan di tokong-tokong. Pengajaran tentang ini juga ada disampaikan menerusi rangkap berirama untuk menarik golongan kanak-kanak,” kata Kah Kean. Beliau menambah, ketaatan kepada ibu bapa seharusnya menjadi kebaikan utama dalam tradisi masyarakat Cina dan amat diperlukan dalam budaya masyarakat tersebut.
Perkara yang sama juga dibangkitkan dalam tradisi agama Kristian dan agama Hindu. Apatah lagi di dalam agama Islam. Yang pastinya, penjelasan Islam berkaitan ketaatan kepada ibu bapa cukup banyak ditegaskan sama ada di dalam al-Quran mahupun hadis. Cantiknya di dalam ajaran Islam, tanggungjawab terhadap ibu bapa itu bukan hanya ke atas ibu bapa sendiri malah hak yang sama turut diterima ibu dan bapa mentua. Pendek kata, kedudukan ibu bapa sendiri dan mentua adalah sama tidak kira sama ada menantunya beragama Islam atau tidak. Sama seperti tanggungjawab anak yang telah memeluk Islam terhadap ibu bapanya yang belum beragama Islam. Malah hubungan dan penghormatan tetap sama, kecuali jika dipaksa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Demikian menurut Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Umum dan Bahasa, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dalam kertas kerja bertajuk, ‘Tanggungjawab Menantu Terhadap Ibu Bapa Mentua’ pada seminar dua hari itu. Pendek kata, tambahnya, Islam tidak membezakan martabat ibu bapa tidak kira apa jua agamanya selagi mana kedua-dua pihak tidak mempunyai niat tidak baik. Surah al-Israk ayat 23-24 ujar Mohd. Ridhuan Tee telah menjelaskan tentang tanggungjawab kita terhadap ibu bapa yang turut boleh diaplikasikan dalam konteks ibu bapa mentua.

Allah berfirman yang bermaksud: Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”.
Malah jika melihat kemelut yang berlaku dalam perhubungan di antara ibu bapa dengan anak-anak kandung dan menantu seperti menafikan hak ibu bapa, meminggirkan sama ada dari segi kewangan mahupun kebajikan ibu bapa serta lepas tangan dengan alasan yang tidak munasabah dan banyak lagi. Maka saran Mohd. Ridhuan Tee, hadis riwayat Bukhari dan Muslim wajar dijadikan renungan dan iktibar agar kita selamat di dunia dan di akhirat.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: Adakah kalian mahu ku beritahu tentang dosa-dosa yang besar? Para sahabat menjawab: Kami mahu, ya Rasulullah. Rasulullah bersabda: Menyekutukan Allah dan derhaka kepada ibu bapa.
Kongsinya lagi, Abdullah Nasih Ulwan, menggariskan 26 tanggungjawab yang perlu dipenuhi oleh seseorang anak terhadap ibu bapanya (termasuk ibu bapa mentua). Antaranya: Mentaati mereka kecuali perkara maksiat, berbicara dengan adab dan lemah-lembut, bangun apabila mereka datang, mencium tangan, memuliakan, memelihara nama, kehormatan dan harta benda, bermesyuarat dalam urusan berkaitan, gembirakan hati, tidak mengangkat suara, mendoakan mereka dan banyak lagi. Sementara itu Felow Kanan IKIM, Siti Fatimah Abdul Rahman dalam kertas kerja bertajuk, ‘Kewajipan Anak Terhadap Ibu Bapa Tunggal’ menjelaskan, isu utama yang menjadi persoalan dan menimbulkan kebimbangan anak-anak apabila memperkatakan ibu bapa di usia lanjut, khususnya yang sudah uzur. Apa lagi jika mereka itu sudah kematian pasangan atau perceraian. Dalam keadaan ini, katanya, anak-anak tiada pilihan melainkan mengambil tanggungjawab untuk memelihara ibu atau bapa yang sakit itu. Oleh itu, anak-anak perlu bersedia untuk situasi ini, di mana ia mungkin menuntut pengorbanan yang lebih besar. Mungkin lebih kepada anak perempuan memandangkan jangka hayat wanita lebih panjang berbanding lelaki.
Isu penjagaan
Isu penjagaan
“Permasalahan utama berkaitan hal ini ialah isu penjagaan. Sungguhpun ia merangkumi soal nafkah, namun memberi wang adalah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan anak-anak. “Isu yang lebih utama ialah memberi penjagaan sebenar yang meliputi penyediaan tempat tinggal, makan minum serta kasih sayang. “Penjagaan inilah yang mendatangkan dilema bagi sesetengah anak-anak, apa lagi kini anak perempuan atau anak lelaki, masing-masing telah keluar bekerja. Dibebankan pula dengan kedudukan ekonomi yang tidak mengizinkan dan perhatian yang lebih khusus perlu diberikan kepada ibu bapa yang sudah uzur,” katanya mungkin ia dianggap remeh tetapi itulah hakikat yang perlu diterima.
Kata Siti Fatimah lagi, jika permasalahan ini gagal ditangani atau diberi respons yang wajar, maka anak-anak akan dicop atau dihukum sebagai derhaka dan tidak sedar diri. Seperkara yang perlu diambil perhatian ialah hakikat bahawa nilai di kalangan anak-anak itu telah berubah. Ini kerana, jelas beliau, ada anak-anak merasakan bahawa menjaga ibu bapa yang tua bukanlah tanggungjawab mereka. Begitu juga di mana tanggungjawab itu menjadi bersyarat, iaitu jika ibu bapa menjaga mereka dengan baik, maka layanan yang sama akan diberikan dan begitulah sebaliknya.“Perkembangan seperti ini berlaku dalam masyarakat Melayu dan bangsa asing. Walaupun mungkin ada yang menganggap ia sebagai kes terpencil, kita bimbang jika tidak diawasi, ia boleh semakin membarah dalam masyarakat kita. “Sedangkan di dalam negara kita yang rakyatnya percayakan Tuhan (beragama), kita ada garis panduan iaitu agama, yang telah menggariskan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa. Tanggungjawab itu adalah satu kewajipan dan bukan tanggungjawab bersyarat,” tegasnya. Siti Fatimah menyarankan beberapa langkah yang perlu diambil demi memastikan kebajikan warga emas ini terbela. Antaranya, mengukuhkan institusi keluarga dengan penghayatan agama, memperteguhkan ikatan kejiranan supaya dapat saling membantu dalam usaha penjagaan warga tua. Seterusnya memperbanyakkan kemudahan untuk membantu anak-anak melaksanakan tanggungjawab ini. Walau bagaimanapun, kata beliau, ramai anak-anak yang berpegang teguh kepada ajaran agama serta komited terhadap tanggungjawab mereka kepada ibu bapa. Hakikatnya, inilah peluang untuk membalas jasa, peluang untuk berbakti dan peluang untuk merebut pahala. Malah kita juga perlu sentiasa ingat bahawa adalah menjadi lumrah apabila melakukan sesuatu yang baik, banyak dugaan yang akan melanda. Pokoknya, hidup kita bukanlah untuk dunia semata-mata tetapi juga sebagai persiapan ke akhirat kelak.
Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadot pula berkata, kebanyakan balasan di atas dosa umat Muhammad dibalas di akhirat, kecuali dosa menderhakai ibu bapa, katanya sebahagian pembalasannya akan dirasai (disegerakan) di dunia ini. Ia bersandarkan kepada hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Al-Hakim yang bermaksud: “Semua dosa akan ditangguhkan penyeksaannya, sesuai dengan kehendak Allah, sampai hari kiamat kecuali dosa menderhakai kedua ibu bapa”. “Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasannya kepada pelakunya ketika ia masih hidup iaitu merupakan balasan di dunia, sebelum terjadinya hari kiamat,” kata Nooh. Beliau berkata demikian dalam kertas kerjanya, ‘Tanggungjawab Anak Setelah Pemergian Ibu Bapa’ pada hari kedua seminar tersebut. Tambah beliau berjasa kepada ibu bapa itu besar keistimewaannya dan memperoleh pelbagai ganjaran. Lantaran, berfikiran positif perlu. Seseorang itu bukan sahaja mendapat keredaan Allah dan dimasukkan ke syurga-Nya, namun mereka akan dipanjangkan umur, doa dimakbulkan, dimurahkan rezeki, dianugerahkan anak yang soleh, menghapuskan dosa, kehidupan diberkati Allah. Malah kelebihan ini datang dalam keadaan di mana ia dapat menjauhkan diri kita daripada kefakiran, mendapat ganjaran pahala yang lebih besar daripada berjihad fisabilillah, mendapat karamah atau kemuliaan luar biasa, dianugerahkan ketenangan dan kebahagiaan serta anda akan dihormati dan ditaati oleh anak-anak dan cucu-cucu mereka. Akhir sekali, selamat daripada bahaya dan malapetaka.

Sumber: pelbagai