Terdapat berberapa sebab kenapa suami membenci isteri... terdapat 7 sebab yg dapat dikenal pasti yg dipangil 7C. 7C itu adalah:
C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri.
Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita
perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri
kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah
cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami
buat betul-betul isteri juga yg putih mata...
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita
itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan
muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2
isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2
yg tidak baik pada mertua...
C3. CELUPAR
Wanita yg
cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap
pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan
wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta
tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak
bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja
asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami,
tapi kat rumah tak praktik pun.
C5. CEMBURU
Cemburu
perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga
pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan
mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai.
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon
suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya
macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...
C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu
mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak
bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang
class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak
cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga
anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....
7C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran
tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa
& lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami &
keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu.
Renungkanlah.....
ps: blh gak implement tuk pengajaran bagi awek2 di luar sana ye...
Source: Dunia macam-macam (FB)